Sunday, May 8, 2011

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH (PENAKLUK KONSTANTINOPEL)

Di dataran tinggi Mongolia dan Cina Utara, terdapat suku Al Ghizz yang mendiami kawasan tersebut . Mereka dikenali sebagai bangsa turki kerana bertutur dalam bahasa Turki yang berasal daripada rumpun bahasa Ural-Altaic. Pada abad ke-6 Masihi mereka berhijrah ke Asia Tengah kerana diancam oleh bangsa Mongol. Mereka mencaari penempatan baru yang lebih selamat.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, tentera Islam yang dipimpin oleh Abdul Rahman bin Rabiah sampai ke kawasan yang didiami oleh bangsa Turki. Dalam satu pertemuan dengan raja Turki yang bernama Syahr Baraz, Abdul Rahman menawarkan dua pilihan sama ada berdamai ataupun berperang. Syahr Baraz memilih berdamai lalu mereka memeluk agama Islam. Kemudian orang-orang Turki itu membantu tentera Islam menawan Amenia dan turut menyebarkan Islam di wilayah tersebut.


Semasa pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufian , orang-orang Turki terus memainkan peranan yang penting sehinggga kepada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah. Ketika itu orang-orang Turki sudah memegang jawatan penting dalam tentera dan politik.

Apabila berlaku perselisihan antara Khalifah Abbasiyah di Baghdad dengan Khalifah Fatimiyah di Mesir, terbentuk kerajaaan Saljuk yang meliputi wilayah Khurusan, Turkistan, Iran, Irak, Syam, dan Asia Tengah. Tetapi akhirnya kerajaan Saljuk dikalahkan oleh tentera Mongol dibawah pimpinan Jengis Khan.

Sejarah Kerajaaan Usmaniah bermula pada abad ke-13 apabila Ertoghul memimpin satu kabilah Turki melarikan diri dari tentera Monggol sampai ke Anatolia. Ketika itu terdapat 2 kerajaan yang bermusuhan iaitu kerajaan Romawi di Byzantium dan Dinasti Saljuk di Iconium yang diperintah oleh Sultan Alauddin.

Bila berlaku perang, Ertoghul menyebelahi Sultan Saljuk dan tentera Romawi kalah. Sultan Saljuk memberikan sebuah wilayah di sebelah barat Anatolia yang bersempadan dengan Romawi dan diperintah oleh Ertoghul.

Pada tahun 1288 Ertoghul mangkat dan digantikan oleh puteranya bernama Usman. Wujudlah Daulah Usmaniah atau kerajaan Usmaniah. Dan kawasan pemerintahan di perluaskan. Pada tahun 1300 kerajaan kerajaan Dinasti Saljuk dijatuhkan oleh Mongol sekali lagi dan Sultan Alauddin mangkat dan jajahan takluknya berpecah-belah. Beliau menyatukan semula mereka dan memperluaskan lagi jajahan dia sampai ke Bursa.

Sultan Usman mangkat lalu diganti dengan puteranya bernama Sultan Orhan Ghazi. Bursa dijadikan ibu kotanya. Dan Berjaya memperluaskan jajahannya sampai ke Nicomedia, Nice dan beberapa negeri Asia. Dan dikukuhkan lagi dengan membentuk angkatan bersenjata yang dinamakan Yennisari.

Dan bila beliau mangkat digantikan dengan Sultan Murad (1359-1389).baginda Berjaya menawan Adranah (1361), Sofia (1383), dan Kosovo (1389). Dan pusat pemerintahan dipindahkan ke Edirne.

Selepas Sultan Murad mangkat, diganti dengan oleh Sultan Beyazid (1393-1403). Baginda meluaskan lagi pemerintahannya dengan menawan Bulgaria, Perancis dan Jerman pada tahun 1393.

Bermula dari situlah usaha menawan Konstantinopel. Kota ini menjadi kebanggaan kerajaan Rom kerana kedudukannya yang strategic antara Eropah dengan Asia. Kerana itu Napoleon Bonaparte pernah berkata, “Sekiranya aku menguasai Konstantinopel maka mudahlah aku menguasai dunia.”

Sejarah konstantinopel bermula bila Maharaja Konstantine memindahkan ibu kotanya dari Rom ke Konstantinopel pada tahun 330 Masihi. Kerajaan Rom berpecah dua, satu di Rom bermazhab Kristian Roman Katolik dan satu di Konstantinopel bermazhab Ortodoks.

Di sana terdapat bangunan yang luar biasa iaitu gereja Aya Sophia, yang dihiasi batu-batu berwarna emas, perak dan permata. Lukisan pada dinding dan syilingnya begitu indah sekali. Diorang sering mengancam perkembangan Islam. Nabi Muhammad pernah mengutuskan surat kepada Maharaja Rom tetapi surat itu dikoyakkannya sehingga baginda berdoa semoga kerajaan Rom dikoyak-koyak kan oleh tentera Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” (H.R.Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335).

Penaklukkan Konstantinopel bermula pada zaman Saidina Ali pada tahun 34 hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah. Sultan Sulaiman pada tahun 91 hijrah, Khalifah Harun al-Rasyid pada tahun 165 hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391,1397 dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan. Akhirnya pada 20 Jamadil Awal tahun 857 hijrah bersamaan 29hb Mei 1435 Masihi barulah kota itu Berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sultan Muhammad Al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin al-Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayahanda kepada Muhammad Al-Fateh), “Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskab kota Konstantinopel , tetapi anak di dalam buaian itu,” sambil menunjuk kepada Muhammad Al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Sultan Muhammad Al-Fateh di latih hidup sederhana, dan dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Baginda membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap,kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahandan hidungnya mancung.

Beliau semasa kecil degil dan tidak mahu mendengar kata bapanya,sultan murad. Oleh itu Sultan Murad menyuruh penasihatnya Syeikh Bayram mengajar Sultan Muhammad ilmu agama dan pukul jika ia tidak mendengar kata. Sejak dari itu Sultan Muhammad ikut perintah bapanya. Sultan Muhammad mampu menghafal surah Al-Fatihah dalam masa 1 hari pada masa kecil. Dan ia mula meminati ilmu agama.

Beliau mempelajari ilmu ketenteraan daripada pakcik dia iaitu Panglima Tharhan, beliau diajar strategi2 peperangan dan mempertingkatkan kemahiran bermain pedang, panah dan menunggang kuda. Selain itu, Panglima Tharhan juga menceritakan sejarah-sejarah Islam , sirah-sirah nabi dan sejarah tanah air beliau agar menambahkan semangat cinta akan tanah air dan semangat mempertahankan tanah air dari dijajah. Beliau juga di ajar bagaimana hendak mengalahkan kota Konstantinopel.

Pada umur beliau menjangkau 16 tahun, Sultan Murad menurunkan tanggungjawab dia kepada beliau kerana Sultan Murad mahu bercuti di Pulau Magnesia. Sultan Murad diiringi dengan Panglima Tharhan dan Syeikh Syamsudin Al- wali dan beberapa orang tenteranya, manakala Syeikh Bayram tinggal bersama Sultan Muhammad bagi menjadi penasihat beliau.

Berita Sultan Murad ke Pulau Magnesia dapat di ketahui oleh Maharaja Konstantine. Maharaja itu gembira sekali mendengar berita itu. Beliau ingin mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kerajaan Usmaniah semasa di perintah oleh Sultan Muhammad yang masih muda lagi. Di kota Konstantinopel ade seorang paderi yang terkenal, dia memberi pendapat kepada Maharaja Konstantine. “saya ada cadangan yang lebih baik,” kata zaqhanus, “apa cadangan tuan hamba,” Tanya Maharaja Konstantine. “Apa kata kita hantar surat perdamaian, anak muda sukakan permainan dan hiburan. Kita kirimkan hadiah yang mahal-mahal untuk baginda dan sediakan penyanyi dan penari bagi menghiburkan baginda, juga menghantar guru-guru yang handal untuk mengajar adab dan adat-istiadat diraja,” jawab paderi itu.


Pendapat itu diterima oleh Maharaja Konstantine, dan dia membuat persiapan dan persediaan tuk itu. Dan kedatangan mereka ke Turki di sambut dengan baik. “kami baawakan hadiah-hadiah daripada Maharaja Konstantine kepada tuanku,” kata utusan Maharaja Konstantine sambil memberikan hadiah kepada Sultan Muhammad Al-Fateh.

“Kami juga bawakan penari dan penyayi bagi menghiburkan tuanku.dan beberapa guru untuk mengajar tuanku adab istana. Mereka bekhidmat secara percuma disini ” Kata utusan itu lagi.

Dengan tegas Sultan Muhammad menjawab.”saya tidak tertarik dengan hadiah-hadiah daripada Maharaja Konstantine ini,kembalikan lah kepada Maharaja kamu. Ketua urusan itu tidak mengalah setelah ditolak dan berkata,”kalau gitu,tuanku terimalah penari dan penyanyi ini untuk menghiburkan hati tuanku.”

“ Saya tidak tertarik dengan hiburan yang melalaikan. Kenikmatan bagi saya adalah dengan beribadah kepada ALLAH,bukan dengan melakukan maksiat,” tegas Sultan Muhammad.Dan utusan itu tidak menyerah kalah,dia terus menawar guru-guru yang hebat. Tetapi di tolak jua. Apabila berita itu sampai kepada Maharaja Konstantine tentang hadiah2 nya di tolak dia sangat marah, tak sangka budak mentah itu telah menghina aku begitu..kata Maharaja Konstantine.


Diorang masih tidak putus-asa untuk menjatuhkan Turki, Zaqhanus terus memberi rancangan lain kepada Maharaja Konstantine. Dan Maharaja itu terima rancangan itu. Lalu Zaqhanus itu sendiri berhadapan dengan Sultan Muhammad. Dia menyatakan hasrat dia dating ke Turki dan ingin membincangkan tentang hadis Nabi Muhammad SAW. Dia meminta sebelum dia mengemukakan hadis itu ,dia ingin semua ulama yang berada di Turki itu berkumpul. Lalu Sultan pun mengarahkan semua ulama-ulama itu berkumpul dan Sultan tidak sabar mendengar apa yang hadis yang ingin dikatakan itu. Dan Zaqhanus itu pun membacakan hadis itu, “ulama-ulama di kalangan kamu seperti nabi-nabi bani Israil. Adakah hadis itu benar atau palsu.”

“ya!! Itu hadis sahih..”jawab seorang ulama yang hadir di situ.pastu paderi itu tersenyum lalu berkata; “dikalangan Bani Israil ada Nabi Isa yang boleh menghidupkan orang yang telah mati. Sekiranya benar ulama kamu seperti nabi-nabi bani israil maka cuba hidupkan orang yang telah mati.”

Semua yang hadir terdiam dan menundukkan kepala. Tidak berani bersuara,mustahil dapat menghidupkan kembali orang yang telah mati.. lalu paderi itu pun angkuh dan mengulangi cabaran ia itu banyak kali. “cepat!! Sahut cabaran itu. Jangan malukan beta!” kata Sultan Muhammad Al-Fateh. Semua terdiam, tidak berbuat apa-apa. Kemudian beliau baru perasan yang ulama yang hebat di Turki iaitu Syeih Bayram,penasihat bapanya tiada di situ. “Syeikh Bayram uzur,” jawab salah seorang yang hadir di situ. Dia segera perintahkan orang untuk memanggilnya. Dan Syeikh Bayram pun sampai di situ, dan beliau mendengar cabaran itu. Beliau berfikir seketika , dan beliau setuju untuk menyahut cabaran itu. Semua orang dan ulama terkejut. Sultan Muhammad Al-Fateh kelihatan gembira kerana yakin dengan kebolehan Syeikh Bayram.

Lalu dengan bongkaknya Zaqhanus iaitu ketua paderi itu menyuruh Syeikh Bayram membuktikannya. “Bagaimana tuan guru,sanggupkah membuatnya.”Tanya Sultan Muhammad kepada Syeikh Bayram. Syeikh Bayram menjawab”saya melakukannya dengan izin ALLAH.”

Semua bergerak pergi ke tapak perkuburan untuk menyaksikan cabaran itu. Zaqhanus memilih kubur yang lama dan ingin Syeikh Bayram menghidupkan penghuninya. Syeikh Bayram mendekati kubur itu kemudian melakukan sembahyang sunat dua rakaat lalu dia berdoa, “wahai Tuhan tunjukkan kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW itu kepada kami.”

Tiba-tiba dengan izin Tuhan yang maha berkuasa suatu keajaiban berlaku. Lubang kubur itu terbuka lalu kelihatan sekujur mayat di dalamnya. Zaqhanus meninjau kedalamnya lalu berkata,”ni mayat baru dan jasadnya tidak reput lagi. Dia memilih kubur yang lebih lama lagi, yang mayatnya sudah reput. Dan Syeikh Bayram berdoa lagi dan kubur yang dipilih itu terbuka dan zaqhanus berpuas hati kerana hanya tinggal tulang sahaja didalamnya. “saya hendak kamu menghidupkan mayat ini,”kata zaqhanus sambil tersenyum sinis.

Syeikh Bayram berseru,”wahai mayat, hidup dan bangunlah dengan izin aku….”yang bermaksud percakapan Tuhan kepada mayat itu yang menyuruh mayat itu hidup. Lalu tulang-temulang itu bercantum dan membentuk mayat lalu bergerak-gerak dan bangun dari kuburnya, Syeikh Bayram sempat menanya nama dan umur mayat itu bagi membuktikan kebenarannya. Orang ramai berasa takjub dengan kejadian itu.

“sesungguhnya Muhammad itu memang seorang rasul. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah,” ucap zaqhanus.

Kemudian dia mengistiharkan dirinya menganut agama Islam. Setelah beberapa bulan selepas itu Syeikh Bayram pun meninggal kerana sakit tua. Kedudukan Syeikh Bayram diganti dengan Seikh Syamsuddin Al-Wali iaitu anak muridnya sebagai penasihat sultan.

Selepas solat subuh,Sultan Murad termenung,seolah-olah ada benda yang di fikirkan.”mengapa ayahanda termenung,” tanya Sultan Muhammad Al-Fateh. Nabi Muhammad SAW mengatakan ,kota Konstantinopel hanya dapat ditawan oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Apakah ayahanda bukan pemimpin yang baik? Apakah tentera kita tidak baik? Apakah rakyat kita tidak baik? Apa pendapat anakanda?” Tanya Sultan Murad pula.

Syeikh Syamsuddin al-Wali yang berada disitu menjawab;” Tuan memang baik ,rakyat memuji kepimpinan tuanku.”

“Bagaimana pula dengan tentera dan rakyatku?” Tanya Sultan lagi. Kalau gitu baek kita selidiknya. Lalu mereka bertiga pun pergi menyamar sebagai orang yang susah dan pergi meminta sedekah.

Mereka pergi ke pasar,mereka mendapati penjual menipu sukatan dan timbangan bagi mendapat keuntungan yang lebih. “kami lapar, minta makanan sedikit,” Sultan Murad berpura-pura menagih simpati. Penjual itu menghalau mereka dan berkata” disini bukan tempat untuk peminta sedekah!! Pergi2!!”.

Mereka pun pergi dan Sultan menbuat cadangan dan perintah tegas supaya penjual tidak boleh menipu sukatan. Kemudian mereka pergi kerumah orang2 miskin dan meminta makanan untuk dimakan. Tetapi orang itu menghalau dan berkata” kami pun tidak cukup makan!! Nak beri kepada kamu pulak.”. dan Sultan mengarahkan supaya setiap orang mesti menghormati tetamu yang bertandang ke rumah dan meyuruh orang yang kaya mengeluarkan zakat. Lalu mereka ternampak tentera mereka mengacau anak gadis yang keluar ke pasar. Sultan mengarahkan supaya tentera melindungi rakyat bukan mengacau mereka. Baru Sultan tahu, kerana inilah saya tiadak dapat menawan kota itu.

“tapi saya yakin bahawa kota itu akan di tawan pada zaman ini,” kata Syeikh Syamsuddin Al-Wali kepada Sultan.

Sultan berpesan kepada anaknya” anakanda, jadilah pemimpin yang baik kelak, latih la tenteramu berbuat baik, dan didiklah rakyat supaya jadi orang baik. Ayahanda rasa anakanda yang mampu menawan kota itu,kerana ayahanda sudah tua.”

Pada zaman dahulu ada seorang tokoh iaitu Abu Ayub al-Ansari, beliau adalah sahabat nabi yang pernah bersama dengan nabi dalam peperanagan badar yang selainnya. Beliau sangat tahu strategic yang nabi gunakan semasa peperangan. Dan berpegalaman dalam peperangan, sekarang beliau sudah berumur 81 tahun,tetapi beliau mahu ikut tentera pada zaman itu menawan kota Konstantinopel itu.

Beliau sangat dihormati oleh orang ramai kerana sahabat nabi, dia pun pergi bersama-sama tentera islam untuk berperang dengan Rom. Dan berlaku pertempuran sengit antara tentera islam dan rom. Dua –dua sama gagah dan kuat, ada seorang penyair islam yang bernama Abdul Aziz telah menaikkan semangat tentera Islam dengan syairnya yang berbunyi,

Kehidupan ini banyak tahapnya

Telah kualami berbilang masa

Antara kelembutan dan kesesatan

Ada bala tidak mampu membuat aku lara

Ada nikmat tidak membuat aku derhaka

Apapun yang terjadi

Semuanya tidak akan menyesakkan dadaku

Dan apapun yang telah menimpa

Tidak akan merampas nafasku…

Setelah habis menyair dia terus menyerbu tentera Rom lalu bertempur dengan luar biasanya,ramai tentera rom yang dapat dia tewaskan dalam sekelip mata. Dia seolah-olah memdapat semangat yang luar biasa.lama kelamaan dia lemah dan syahid, tentera rom telah merobek-robek jasad dia sampai hancur-berkecai.

Apabila syahidnya penyair itu, tentera islam terus kuat semangat dan terus bertempur dengan gagahnya. Pertempuran hebat berlaku antara rom dan turki sehingga la petang senja, dan mereka berhenti balik ke markas masing-masing. Malam itu Abu Ayub al-Ansari jatuh sakit. Terbaring lesu tanpa bergerak,hanya nafasnya turun naik tanda dia masih hidup. Salah seorang yang menziarahinya berdoa” Ya ALLAH sembuhkanlah penyakit dia, dan sihatkanlah dia.”

Tiba-tiba Abu Ayub al-Ansari membuka mata dan berkata.” Sebaiknya berdoa begini, ya ALLAH sekiranya ajalnya sudah dekat, ampunilah dosanya dan berilah RahmatMu. Sekiranya ajalnya belum tiba,sihatkanlah dia dan berilah dia pahala.” Lalu mereka pun berkata apa yang disuruh oleh beliau.

Beliau juga di ziarahi oleh Yazid bin Muawiyah iaitu pemimpin tentera islam itu yang amat menghormati beliau. Penyakit beliau makin parah dan tidak ada daya lagi. Pemimpin itu berkata pada beliau, “wahai tuan yang saya muliakan, sekiranya ada apa-apa hajat di hati tuanku, sila katakana supaya saya dapat memenuhinya,”.

“ wahai Yazid,saya ada satu permintaan ,” jawab beliau sambil menanggung sakit sakaratul maut, “ seandainya ajal saya sampai disini, kalian kuburkan saya dibenteng kota Konstantinopel.” Dan permintaan itu akan dilakukan oleh Yazid.. lalu beliau pun menghembuskan nafas yang terakhir.

Sok pagi mereka bertempur lagi dan sepasukan tentera pergi mengusung jenazah Abu Ayub al-Ansari dan kebumikan dibenteng itu. Orang kampong yang tidak bersenjata disuruh oleh pemerintah kota itu untuk menanyakan ape yang ditanam oleh tentera Islam disitu. Orang itu pun Tanya dan Yazid berpesan. “sekiranya kalian menganggu kubur sahabat nabi ini, loceng gereja kamu tidak akan berbunyi lagi,” dan mereka pun kembali ke Turki kerana bekalan makanan dan peperangan mereka kehabisan.

Tentera rom selalu mengambil kesempatan setelah kemangkatan Sultan Murad, mereka tidak abis-abis ingin membuat perjanjian dan menghantar tentangan sejak kerajaan Turki di perintah oleh Sultan Muhammad. Disebabkan itu Sultan Muhammad mengambil langkah berjaga-jaga, dan mengukuhkan lagi stamina tentera beliau dan membuat benteng terhadap kawasan pemerintahan beliau. Beliau meminta pendapat daripada ketua-ketua unit untuk membuat pembaik-pulih terhadap ketenteraan dan strategi peperangan.


Lalu seorang tentera yang tidak berpangkat ingin member pendapat. Dan Sultan mengalu-alukan pendapat tentera itu, “apa pendapat yang kamu ingin berikan,” Tanya Sultan Muhammad. Dia pun menyatakan bahawa supaya kita membuat tembok bagi menghalang serangan tentera Rom.


“saya setuju dengan cadangan itu kerana dengan membina tembok kita dapat lah membuat parit dengan mudah,” sokong panglima tharhan.

Dan cadangan itu juga diterima oleh Sultan Muhammad. Tembok pun dibina, kerja-kerja membina tembok pun berjalan dengan penglibatan semua orang termasuk para-para ulama dan beliau sendiri. Setelah mendengar berita tentang tembok yang bernama Rumeli Hissari itu dibina oleh orang Turki, Maharaja Konstantine mula berasa cemas. Kerana dengan terbinanya benteng itu akan menyekat kapal dagang berdagang ke kota dia.


Lalu dia mengarahkan agar tembok itu diruntuhkan dan niat itu tidak Berjaya kerana di tentang oleh tentera turki yang mengawal disitu. Dan mereka pun meniru dan membina tembok yang lebih besar dan tebal disertakan dengan membina parit disekelilingnya.


Sultan masih risau, kerana ketenteraannya masih tidak cukup kuat untuk menawan kota Konstantinopel itu yang mempunyai tentera yang hebat2. Sultan itu membuat mesyuarat dan membincangkan lagi apa yang patut dilakukan untuk menguatkan lagi ketenteraan kita. Salah seorang memberi cadangan agar membuat senjata hebat yang tidak ada pada tentera rom. Sultan Muhammad bertanya, “ apa senjata yang kamu maksudkan itu,” jawab orang itu “ kita membuat meriam , senjata itu mampu memecahkan tembok kota Konstantinopel.


“ Macam mana hendak membuatnya,” Tanya Sultan Muhammad. “di kota itu terdapat tahanan yang ditahan oleh tentera rom yang pandai membuat senjata yang bernama meriam itu. Orang itu bernama Urban.” Jawab orang tu. Lalu Sultan pun membuat perbincangan bagaimana untuk mendapatkan orang yang bernama Urban itu.


Mereka membuat terowong bawah tanah sampai ke bilik urban di kurung dan mereka Berjaya mengeluarkan urban dari situ. Dan meriam itu pun dapat dibuat. Berita itu telah membuat kan Maharaja Konstantine bertambah bengang dan risau. Dan mereka membuat rantai gergasi di pintu masuk Tanduk Emas bagi menghalang tentera Turki masuk ke Kota Konstantinopel untuk menyerang mereka. Maharaja Konstantine gembira dengan riang.

Setelah beberapa bulan, ketenteraan Turki pun sudah menjadi kukuh. Tenteranya semua ibadahnya mantap dan kemahiran berperang pun sudah semakin cemerlang. Rakyatnya semua sudah bersikap baik, tidak menipu dalam perniagaan dan kuat beribadah.


System pertahanan pun semakin kukuh, kapal kapal sudah di bina, senjata meriam urban yang digeruni itu pun telah dicuba kekuatan dia, dan terbukti meriam itu mampu meruntuhkan tembok kota itu. Dan beliau berasa gembira dan yakin yang kota itu akan dapat ditawan. Kerana menurut hadis nabi 800 tahun yang lalu, “ kota ini akan ditakluk oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik,”.


Tibalah masa yang dinanti-nantikan , Sultan Muhammad membahagikan tugas kepada tentera-tenteranya, dan melantik setiap ketua bagi setiap unit. Tenteranya di bahagikan kepada 5 pasukan, dan setiap pasukan mempunyai 50 000 orang. Panglima Tharhan memimpin pasukan pertama. Panglima Khalil Pasya memimpin pasukan kedua. Panglima Sulaiman Olgo memimpin pasukan ketiga , Panglima Hamzah Pasya memimpin pasukan keempat dan Panglima Zaqhanus memimpin tentera laut.


“Panglima Zaqhanus mengetuai 80 kapal perang melalui jalan laut. Manakala empat pasukan lagi berangkat melalui jalan darat,” kata Sultan Muhammad Al-Fateh sambil melihat peta pelan lakar kawasan yang ingin dilalui. Mereka melalui jalan yang tidak pernah dilalui oleh tentera rom bagi memudahkan perjalanan mereka dan boleh membuat serangan mengejut kepada tentera-tentera rom yang menguasai jalan yang lain.


Pada hari khamis 6hb april 1453, keempat-empat pasukan tentera tiba di kota Konstantinopel. Kecuali tentera yang melalui jalan laut kerana kapal mereka tidak dapat memasuki tanduk emas kerana dihalang oleh rental besi gergasi. Mereka semua bermalam dan berehat.


Pada keesokan harinya iaitu pada hari jumaat bertarikh 7 hari bulan april 1453, selepas solat subuh tentera turki berzikir beramai-ramai hingga suara mereka bergema sampai ke kota Konstantinopel. Ketika itu Maharaja Konstantinopel terkejut, bagaimana diorang boleh sampai di sini tanpa di ketahui oleh tentera rom.


Sebelum memulakan peperangan Sultan menghantar perutusan untuk menghantar surat kepada Maharaja Konstantine. Sultan Muhammad memberi dia dua pilihan iaitu memeluk islam atau memberi kunci kota Konstantinopel. Kalau dia memilih tawaran yang pertama dia kekal memerintah disitu dan jika dia pilih yang kedua engkau selamat. Dan jika dia menolak kedua-duanya engkau bakal berdepan dengan tentera Islam yang datang demi kemenangan ataupun syahid….


Maharaja Konstantine tidak dapat menahan kemarahannya lalu mengoyak-goyakkan surat itu dan ditaburkan ke atas pengutusan Sultan Muhammad. “beritahu Sultan kamu yang aku memilih untuk berperang!!” katanya.

Maharaja Konstantine masih risau dengan tentera Turki kerana mereka mempunyai meriam yang mampu memecahkan tembok kota dia. Dia mengarahkan 100 orang komander yang terlatih dia untuk memusnahkan meriam itu pada waktu malam nanti.


Tibanya malam, komander itu pun keluar dari kota itu dan melakukan tugasnya sehingga sebelum matahari terbit pagi esoknya, sesampainya tentera rom ke khemah tentera-tentera turki, mereka mendengar alunan-alunan zikir dan bacaan al-quran. Mereka tidak berasa selamat berada di situ kerana tentera2 Turki tidak tidur pada malam hari sibuk dengan beribadah kepada ALLAH.


Tiba-tiba mereka disergah oleh tentera Turki yang mengawal pada waktu malam, “assalammualaikum,” tetapi tiada jawabnya. “ ALLAHUAKBAR”, semua tentera turki keluar dan mengepung tentera rom itu, mereka bertempur. Seramai 30 orang tentera rom terbunuh dan 70 lagi ditawan dan dihadapkan ke hadapan Sultan Muhammad. Dan mereka mengatakan tujuan mereka datang ke situ selepas ditanya oleh Sultan Muhammad.


Tawanan itu meminta supaya dibebaskan kerana dia hanya mengikut perintah sahaja. Selepas dibincang2 Sultan Muhammad memberi mereka dua pilihan. Pilihan yang pertama ialah mengaku tiada Tuhan yang di sembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH. Kedua , mereka hendaklah membayar jizyah atau tebus diri.


“Sekiranya kami pilih yang pertama apa yang tuanku akan lakukan.”Tanya urnus, ketua pasukan itu.

“kamu adalah saudara kami, kamu bebas pergi kemana sahaja. Sekiranya kamu pilih yang kedua kamu dibebaskan dan dikehendaki untuk membayar wang tebusan.” Jawab Sultan Muhammad .

Mereka tidak mempunyai wang untuk membayar tebusan itu. Dan mereka melihat Sultan Muhammad sungguh baik tidak seperti Maharaja mereka yang gilakan harta dan kejam. Mereka berasa selamat bersama dengan Sultan Muhammad lalu mereka semua masuk Islam. Sultan Muhammad mengucapkan syukur kepada ALLAH.

Apabila Maharaja Konstantine mendapat tahu bahawa tenteranya diarah untuk memusnahkan meriam urban itu tidak Berjaya dia berasa amat marah sekali, dan jantung dia berdegup kenyang kerana takut diserang dengan meriam itu.

Tidak lama kemudian tembok Konstantinopel itu digegarkan dengan tembakan oleh meriam urban. Semua orang berada di dalam kota itu panic, ada juga yang menjerit-jerit. Apa lagi Maharaja Konstantine. Dia terus membuat perbincangan, bagaimana nak menghadapi situasi ini, kalau dibiarkan tembok ini akan runtuh. “takpa, tembok kite mempunyai tiga lapisan. Tidak mungkin mereka boleh merobohkan semuanya secepat mungkin. Oleh itu, siang diorang menyerang, malam kita bina balek tembok yang pecah itu. Lama kelamaan peluru meriam mereka akan habis dan tidak dapat meruntuhkan tembok ini,” jawab alexsi, yang bakal menjadi perdana menteri disitu.


Maharaja memuji kebijaksanaan alexsi dan menerima cadangan itu.lalu kerja-kerja membina kembali dijalankan pada waktu malam.


Tentera islam tidak berputus-asa melepaskan tembakan meriam bagi meruntuhkan tembok yang dibina kembali oleh tentera rom, bertubi-tubi tembakan dilepaskan dan berhasil meruntuhkan lebih banyak lagi tembok sebelum ini. Maharaja Konstantine bimbang dan mengarahkan tentera berkudanya pergi memusnahkan meriam urban itu.


Tentera berkuda rom pun keluar menyerbu tentera Turki, disamping itu tentera Turki pun sudah bersiap sedia untuk syahid dan membalas serangan. Serangan anak panah pun dilepaskan oleh tentera Turki, dan tentera rom banyak yang tersungkur. Namun masih ada yang terselamat dan terus menyerbu tentera Turki. Pertempuran hebat berlaku antara kedua-dua pihak.. ramai yang gugur syahid dan yang masih hidup bertempur bermati-matian.

Maharaja Konstantine yang melihat pertarungan itu dari atas tembok kota itu mengarahkan tenteranya berundur,kerana ramai terkorban. Tentera Turki yang mengejar mereka diserang oleh pasukan pemanah mereka yang berada diatas tembok.

Di laut Marmara, pasukan yang melalui jalan laut terpaksa berhenti disitu. Pasukan kapal yang sebanyak 80 buah itu yang diketuai oleh Panglima Zaqhanus tidak dapat memasuki Tanduk Emas untuk pergi ke kota kerana dihalang oleh rantai besi gergasi tentera rom. Mereka mendapat tahu yang mereka bakal berdepan dengan 100 buah kapal dari Genoa yang membantu Maharaja Konstantine. Mereka menyekat kapal-kapal itu bagi memberi bantuan kepada tentera rom


Semboyan dibunyikan oleh tentera dari genoa tanda peperangan bakal meletus, tentera Turki membalasnya dengan laungan takbir.

“Allahu Akbar!!!,

“Allahu Akbar!!!,

“Allahu Akbar!!!,

Panglima zaqhanus mengarahkan kapal yang mempunyai meriam urban berada dihapan bagi membuat serangan apabila kapal2 genoa iu mendekatinya. Meriam urban melepaskan tembakan dan tepat kena sasaran dan Berjaya memusnahkan layar2 kapal diorang, tentera dari genoa juga membalas dengan hebatnya. Pertempuran hebat berlaku antara kedua-dua pihak, sebanyak 60 kapal dari genoa karam dan 40 lagi Berjaya memasuki tanduk emas yang dikawal oleh tentera rom. Tentera islam yang mahu mengerjanya tidak dapat keran terhalang oleh rantai besi itu. Apabila malam, peperangan berhenti.


Berita tentang tentera lautnya yang tidak Berjaya memasuki kota itu diketahui oleh Sultan Muhammad. Dan beliau mengarahkan pasukan itu supaya stay kat situ dan tunggu arahan daripadanya sementara dia mencari jalan tuk melalui tanduk emas itu.


Pada setiap malam panglima Zaqhanus berzikir dan beribadah meminta petunjuk dari ALLAH. Pelbagai cara telah dilakukan oleh tentera2 laut untuk menghapuskan rantai besi gergasi itu tetapi tidak berhasil. Dan mereka bakal diserang lagi 100 buah kapal yang akan datang dari eropah untuk membantu tentera rom. Usaha demi usaha dilakukan tetapi gagal, dan panglima Zaqhanus hanya menunggu arahan dari Sultan Muhammad saja.


Sultan Muhammad pun sudah puas memikirkan bagaimana caranya hendak melepasi rantai itu. Kemudian dia berdoa kepada ALLAH, meminta pertolongan untuk diberikan petunjuk, untuk mengalahkan pihak musuh. Selepas berdoa Sultan pun berasa sangat mengantuk,lalu beliau terlena. Beliau bermimpi melihat kapal-kapal berlayar di semenanjung fera dan berlabuh dekat tanduk emas. Pastu beliau terjaga, dan beliau tidur balik mimpi yang sama berulang-ulang.

Keesokan harinya selepas solat subuh beliau berjumpa dengan gurunya Syeikh Syamsuddin al-Wali, lalu menceritakan mimpinya. Sambil tersenyum ulama terbilang itu berkata, “ selepas kita berusaha dan hamper kehabisan ikhtiar Tuhan memberi pertolongan kepada kita”

“maksud tuan mimpi ini petunjuk daripada Tuhan ?” Tanya Sultan.

“ bersyukurlah kerana Tuhan sudah menunjukkan caranya bagi mengalahkan tentera rom,” jawab tuan gurunya.

“tuanku berusahalah memindahkan kapal-kapal perang kita ke tanduk emas melalui jalan darat.”

Sultan bermesyuarat dengan ketua2 pasukan dan menyuruh mereka memindahkan kapal-kapal itu melalui jalan darat.

Hamzah Pasya tertawa mendengar jawapan itu kerana menyangka ia satu gurauan.” Mustahil kapal boleh belayar di atas daratan.” Fikirnya.

“tidak ada yang mustahil sekiranya diizinkan Tuhan. Kita berusaha memindahkan kapal2 itu melalui jalan darat.” Tegas Sultan Muhammad al-Fateh.

Betapa gembiranya hati Maharaja Konstantine mendengar khabar berita dari Giustiniani. Apabila mereka akan dibantu 200 000 tentera dari eropah, tentu Kota Konstantinopel ini tidak jatuh ke tangan tentera Turki. “bila pasukan bantuan ini akan sampai” Tanya Maharaja. “tujuh hari lagi,” jawab Panglima Adrogan dengan begitu yakin.


Maharaja Konstantinopel berfikir sebentar, dalam masa seminggu itu macam-macam boleh terjadi. Dia berbincang dengan bala-bala tenteranya supaya mereka dapat memberikan cadangan. “saya cadangkan untuk membuat gencatan senjata dengan tentera Turki.” Kata panglimma Adrogan.


Cadangan itu diterima oleh Maharaja Konstantine, lalu dia menghantar Alexsi untuk berjumpa dengan tentera Turki. Setelah tiba di khemah tentera Turki Alexsi berkata, “saya mahu berjumpa dengan Sultan kamu”. Dia tidak tahu yang dia sedang bercakap dengan Sulltan Muhammad. “sayalah Sultan disini,” jawab Sultan Muhammad. Alexsi tidak percaya, dia menafikannya. Kemudian Panglima Tharhan menyakinkan dia, “betulah itu Sultan kami” alexsi terkejut dan kagum. Berbeza sungguh dengan Maharaja Konstantine yang memakai mahkota di kepala manakala Sultan Muhammad memakai serban seperti tentera-tenteranya.


Selepas itu dia memberitahu hasrat kedatangannya kesitu. Setelah Sultan Muhammad mendengar kata-kata Alexsi, beliau membuat mesyuarat untuk memdapatkan keputusan supaya terima atau tidak perjanjian itu. Setelah berbincang Sultan Muhammad setuju dengan rancangan gencatan senjata itu. Dan alexsi pun kembali ke kota Konstantinopel.


Dalam masa seminggu itu tentera Turki bertungkus-lumus memotong kayu-kayu untuk dijadikan landasan untuk kapal-kapal mereka berlayar di daratan. “menurut firasat saya, pada malam jumaat ini berlaku tiupan angin kencang dari laut menuju ke daratan. Pada masa itulah kita gerakkan kapal-kapal itu ke daratan . kita tarik kapal-kapal itu dengan tali. Dengan bantuan angin yang kencang, saya yakin usaha kita memindahkan kapal ke pelabuhan Tanduk Emas Berjaya,” kata Syeikh Syamsudin al-Wali.

Sementara datangnya hari malam jumaat itu, tentera Turki sibuk beramal ibadah memohon bantuan daripada Tuhan supaya kerja-kerja memindahkan kapal itu Berjaya dilakukan. Tibanya malam yang dinanti itu, tentera Turki pun melakukan tugas memindahkan kapal. Satu persatu dipindahkan. Akhirnya kesemuanya 70 kapal Berjaya di pindahkan dalam 1 malam. Tentera Turki meraikan kejayaan yang luar biasa itu dengan bertakbir.


Maharaja Konstantine terjaga dari tidur apabila terdengar laungan takbir dari tentera Turki. Dia membuka tingkap lalu terkejut. Ke 70 buah kapal turki sudah berlabuh di tanduk emas tanpa merosakkan rantai besi itu. Dia hamper kehilangan kewarasan kerana terlalu terkejut.


Tentera rom tidak dapat menerima kejadian itu, dan mengatakan tentera Turki dibantu oleh jin ataupun syaitan. Dan Maharaja Konstantine bertambah risau dan takut.


Disebabkan kejadian itu, tentera Turki dapat menawan Tanduk emas dan dapat menghalang tentera bantuan dari masuk ke Kota Konstantinopel untuk memberikan bantuan.

Tentera turki yang berada di luar kota itu melaungkan takbir tanpa henti.

“Allahu Akbar!!

“Allahu Akbar!!

“Allahu Akbar!!


Sementara itu tentera rom sedang membuat perarakan untuk melawan laungan itu. Mereka menjulang-julang patung maryam yang di agungkan itu. Tiba-tiba patung yang di usung itu jatuh dan pecah berderai.


Salah seorang paderi menangis. “mengapa kamu menangis,” Tanya maharaja konstantine. Paderi itu jawab, “ malapetaka dahsyat bakal menimpa kita nanti”. Maharaja itu tidak percaya kata-kata paderi itu dan dia suruh mereka menyambung perarakan itu.

“hidup maharaja !”

“hidup konstantinopel!”

Laung tentera rom.

Tiba-tiba cuaca yang panas itu menjadi redup, dan kilat yang kuat menyambar gereja aya Sophia di ikuti dengan ledakan petir yang sangat kuat. Di sebabkan itu ramai penduduk rom yang pengsan dan takut.


Ada seorang paderi yang kuat agama berkata bahawa ada tiga perkara petanda malapetaka buruk akan berlaku “yang pertama, kapal berlayar di daratan, kedua, patung maryam pecah dan ketiga gereja aya Sophia disambar petir” sambil terketar-ketar paderi itu kerana takut yang amat sangat menerangkannya. Namun kata-kata itu dipercayai oleh Maharaja , dan dia mengatakan benda itu semua karut. Dan dia mengembalikan semangat penduduk2 dan tentera rom.

Serangan pun bermula, dimulakan dengan tembakan meriam di pintu masuk Edirne. Tembakan demi tembakan Berjaya menghancurkan pintu itu dan Tentera Turki Berjaya memasuki kota itu. “siapa yang mahu bertemu dengan Abu Ayub al-Ansari dan mereka yang syahid, mari berjuang bersama-sama saya!!” tiba-tiba Hassan Ulubate berteriak dengan suara yang nyaring.


Mendengar teriakan itu,tampil berpuluh-puluh tentera Turki yang mahu bersamanya dan terus menyerbu masuk melalui pintu Edirne. Kedatangan mereka disambut beribu-ribu tentera rom. Hasan Berjaya meloloskan diri dan pergi ke puncak menara lalu memacakkan bendera Turki disitu sambil berteriak, “ saya Berjaya menjejakkan kaki ke kota Konstantinopel. Selepas ini giliran kamu pulak!”


Lalu tentera rom melepaskan berpuluh-puluh anak panah dan menembusi badan pemuda itu. Kota Konstantinopel pasti Berjaya kita tawan pada hari ini!” teriak Hassan Ulubate sebelum syahid.


“Alangkah bagusnya jika aku yang berada di tempat Hassan Ulubate itu” bisik hati Sultan Muhammad.


Keberanian hasan Berjaya menaikkan semangat tentera islam yang lain dan mereka berperang bermati-matian untuk mendapat syahid. Pertempuran semakin hebat, ramai tentera Turki yang syahid ,tentera rom pun ramai yang terkorban.


Maharaja Konstantine keluar berperang dan mencari Sultan Muhammad untuk dibunuh. Selepas berjumpa mereka bertempur, malang sekali Maharaja itu bukan lawan Sultan yang muda lagi gagah itu. Maharaja itu terjatuh dan pedangnya lucut dari tangannya. Hanya tinggal sebilah lagi pedang pada pinggang dia dan tidak sempat untuk mengambilnya kerana pedang Sultan Muhammad sudah hendak menikam dia,lau dia meludah ke muka Sultan Muhammad.


Selepas terkena ludah itu, Sultan Muhammad tidak jadi membunuh Maharaja itu. “kenapa kau tak membunuh aku”. “Mula- mulanya aku nak membunuh kau kerana ALLAH,tapi selepas kau meludah aku,aku menjadi marah. Aku tidak mahu membunuh kau kerana marah” jawab Sultan Muhammad lalu berpaling hendak beredar dari situ.


Selepas Sultan menoleh saja Maharaja ingin menikam beliau dari belakang tetapi Berjaya dihalang oleh Panglima Amir Pasya yang sempat memutuskan tangan Maharaja itu dan disambung Sulaiman Olgo. Lalu Amir pasya pun terus memengal leher Maharaja itu. Bercerailah kepala dan badan Maharaja itu.


Dan pertempuran diteruskan. Makin lama makin ramai tentera rom yang terkorban berbanding tentera Turki. Dan kota itu pun Berjaya ditawan oleh tentera Turki. Kemenangan itu disambut dengan laungan takbir sehingga suara mereka bergema sampai ke angkasa. Dan tentera Turki sujud syukur diatas kemenangan itu.


Akhirnya kota itu Berjaya ditawan selepas 53hari bertempur dan mereka Berjaya membuktikan hadis nabi yang sudah berusia 800 tahun itu. Yang berbunyi “ kota ini akan ditawan oleh pimimpin yang baik,mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik.” Terbukti lah hadis itu berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh.


Gereja Aya Sophia yang menjadi kebanggan penduduk rom dahulu itu telah digantikan dengan Masjid Aya Sophia selepas ditakluk oleh tentera Islam. Dan Sultan mengarahkan seseorang menjadi imam selepas masuknya waktu solat. Beliau memilih dengan cara yang adil. Mula-mula beliau berkata “ siapa yang disini pernah meninggalkan solat fardhu,sila duduk” tiada siapa duduk. Kemudian beliau berseru lagi “siapa disini pernah meninggalkan solat sunat rawatib,sila duduk” separuh di antara mereka duduk. Beliau berseru lagi”siapa yang pernah tinggalkan solat sunat tahajjud.sila duduk” semua duduk kecuali beliau. Sejak baligh lagi dia tidak pernah tinggalkan solat tahajjud.


Mereka ingin mencari makam syuhada iaitu makam Abu Ayub al-ansari sahabat Nabi Muhammad SAW dari kaum Ansar. Sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke madinah dahulu, baginda menumpang di rumah Abu Ayub Al-Ansari” kata Syeikh Syamsudin al-Wali.


Mereka mencarinya. Apabila jumpa mereka menggalinya untuk mengalihkan makamnya ketempat asalnya iaitu ditembok kota Konstantinopel yang telah dia wasiatkan sendiri sebelum menghembuskan nafas terakhir. Bila gali2, ternampak kaki beliau yang masih elok seperti mayat baru walaupun sudah berates tahun syahid. Seorang-seorang mencium kaki Abu Ayub Al-Ansari, tetapi bila tiba giliran Sultan Muhammad Al-Fateh ingin menciumnya kaki itu seolah-olah bergerak,tidak membenarkan Sultan Muhammad menciumnya. Sultan Muhammad bertanya kepada gurunya.”kenapa kaki ini bergerak sewaktu aku hendak menciumnya” jawab gurunya “beliau segan kerana orang yang dikatakan Nabi yang telah menawan kota ini hendak mencium kakinya ini.”. lalu beliau pun dikebumikan di kota konstantinopel.

Sultan Muhammad Al-Fateh telah menukar nama kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikannya ibu kota. Kemudian menakluk Serbia pada tahun 1460 dan bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan menakluk Italia,Hungary dan Jerman. Ketika berada di kemuncak kegemilangannya , Sultan Muhammad memerintah 25 buah negeri. Kemudian baginda membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi mangkat kerana diracun oleh seorang yahudi bernama Maesto Jakopa.


Sultan Muhammad Al-Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

~ sekian, assalammualaikum~

No comments:

Post a Comment